Sunday, May 30, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

 KEMANUSIAAN

Haii semua, kali ini saya akan kongsikan pula post bertemakan '' kemanusiaan''.

Tengok jangan tak tengok haaa!!!


Post Sendiri



Post Kawan-Kawan












Kehadiran




BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

 KESILAPAN

Haii semua, harini saya nak kongsikan berkaitan beberapa post bertemakan '' kesilapan".

Jom tengok!!


Post Sendiri



Post Kawan-Kawan










Kehadiran






BBM3410-2021-MINGGU 9- PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

 PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

Hai! marilah mari kita tengok pantun 4 kerat saya dan cara saya balas komen berpantun dekat rakan-rakan saya...


Post Sendiri



Post Kawan-Kawan











Kehadiran





BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 ( TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

 TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI


Sumber:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Hai! harini saya nak kongsikan video berpandukan buku nota Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Jadi, video ini akan menerangkan bab 5 iaitu Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Saksikanlah...


Link : https://www.youtube.com/watch?v=zQS2ftSqWw4


Kehadiran




Sunday, May 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT (SANGGA BUANA)

 ONE SHOT

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum dan hai semua!

Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami iaitu video one shot.

Untuk pengetahunan anda, video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video kerana memerlukan bahagian kredit bagi tugasan ini. Video one shot ini juga boleh dirakam dengan kaedah one shot two layer dan one shot three layer. One shot two layer dirakam dengan meletakkan penyanyi bersama-sama dengan pelakon atau objek yang bergerak manakala video one shot three layer pula meletakkan penyanyi, pelakon dan objek yang bergerak.

Untuk menghasilkan video tersebut ini, kami mulakan dengan mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp. Perbincangan ini dimulakan dengan membincangkan lagu yang terbaik untuk digunakan dalam video kami. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan tugas dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing.

Kami telah bersepakat untuk memilih lagu Hilang nyanyian kumpulan Jinbara untuk video one shot one layer.

*Video One Shot One Layer*

https://www.youtube.com/watch?v=he8k4TGKLFY


Lagu tersebut mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang masih mencari erti cinta yang sebenar. Miming bagi lagu ini dilakukan oleh Muhammad Firdaus.

Selain itu, kami juga telah memilih lagu Harapan Kecewa nyanyian Ahmad Jais untuk video one shot two layer kami.

*Video One Shot Two Layer*

https://www.youtube.com/watch?v=8UcwiFRJn8g

Lagu ini mengisahkan tentang rasa kecewa sesorang lelaki yang berharap kepada seorang wanita yang dicintainya. Malangnya, wanita tersebut hanya memberikan harapan palsu dan semata-mata. Miming video ini dilakukan oleh Muhammad Zarif sambil dibantu oleh adiknya iaitu Muhammad Izzat Fitri.

Akhir sekali, lagu bagi video one shot three layer pula bertajuk Sayap Ilusi oleh kumpulan Wings.

*Video One Shot Three Layer*

https://www.youtube.com/watch?v=iZIc2BGAUJs

Lagu ini menceritakan seorang lelaki yang rasa cinta terhadap Tuhannya. Video ini turut dihasilkan oleh Muhammad Firdaus sambil dibantu oleh rakan-rakan sekampungnya iaitu Anas, Ihsan, Luqman dan Firdaus sebagai pelakon tambahan.

Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh barisan editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberikan penambahbaikan agar setiap video one shot ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Sebelum itu, ahli yang bekerja di sebalik tabir pula ditugaskan untuk mencari lagu dan menulis kapsyen blog. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing.

Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video one shot ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video one shot ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sekian. Terima kasih.

Wednesday, May 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- STRATEGI KOMUNIKASI

 

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Teori dan Aplikasi: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.








Buku Rujukan



 Buku Rujukan

Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA (SANGGA BUANA)

 VLOG HARI RAYA

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum & hai semua!

Untuk post kali ni, kami dari kumpulan Sangga Buana nak tunjukkan hasil video raya kami yang bertajuk "Sangga Buana Beraya: Edisi PKP 3.0".

Hope korang enjoy video ni. Selamat menonton & Selamat Hari Raya! ini link kat bawah.


https://www.youtube.com/watch?v=Z5Roi2gGMvc


BBM3410-2021-MINGGU 7-VIDEO SETEMPAT

 VIDEO SETEMPAT

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Walillahilhamd. Syukur ke hadrat Illahi gais kita dapat jumpa bulan Syawal lagi tahun ni sambut Hari Raya Aidil Fitri. Tapi, video ni aku tak tunjuk lah makanan ke juadah ke untuk hari raya, sebab takde persediaan buat semua tu. Keluarga aku sibuk sikit kemas rumah baru kat kampung. So juadah memang terhad, jadi tak menarik nak buat video. Aku pun dapat lah idea nak buat Video suasana malam raya. Jadi marilah tengok video aku ye kawan-kawan!

Link (https://www.youtube.com/watch?v=kBTAUR87UMg&t=4s)


Ini ada lah sempat bergambar sekejap dengan adik lelaki aku ni time pagi raya sebelum gerak ke rumah baru kat kampung...




Buku Rujukan

Sunday, May 2, 2021

BBM3410-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum dan hai semua!

Kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan video simpulan bahasa yang dihasilkan oleh kumpulan kami.

Untuk pengetahuan anda semua, simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Bukan itu sahaja, maksud simpulan bahasa juga adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Simpulan bahasa yang digunakan oleh kumpulan kami ialah pisau cukur, puteri lilin, tin kosong, wang kopi, buah fikiran, buah tangan, tidur mati, pukul curi, titik peluh, potong leher, tulang belakang, tidur tidur ayam, buah hati, buah pena, tolak ansur, lampu hijau, buka mata, buka tembelang dan buku lima.

Untuk menghasilkan video yang sempurna, kami mulakan tugas, pengarah tugasan kami mula mengadakan perbincangan bersama-sama ahli kumpulan untuk mengetahui cara bagi menghasilkan gambar dengan makna simpulan bahasa yang saya sebutkan di atas. Setiap ahli kumpulan diberikan masa selama lebih kurang seminggu untuk menghasilkan makna simpulan bahasa ini melalui lakonan dalam gambar.

Selepas kami selesai menangkap gambar, pengarah kami pula memainkan peranan penting untuk meneliti setiap gambar yang dihasilkan bagi memastikan ia bertepatan dengan makna simpulan bahasa yang dipilih. Di samping itu, ahli kumpulan yang memegang jawatan sebagai editor-editor mengikut asas fotografi juga berperanan memastikan setiap gambar yang dihasilkan bersesuaian dengan asas fotografi masing- masing. Dalam masa yang sama, pengarah muzik memilih muzik instrumental Melayu yang sesuai untuk dimuatkan dalam video ini.

Selepas pengarah idea dan konsep serta pengarah susunan video menemui kata sepakat berkenaan penghasilan video, penerbit mula mengedit dan menyusun gambar-gambar yang dihasilkan ke dalam bentuk video mengikut arahan yang ditetapkan oleh Prof. Dr. Normaliza. Setelah siap, pengarah memeriksa video yang dihasilkan dan memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik ke Youtube Channel dan blog masing-masing. Setelah itu, editor teks pula menghasilkan huraian untuk dimuatkan ke dalam video ini.

Ini dilampirkan link videonya!!!

https://www.youtube.com/watch?v=hd0cMMVG8FY



Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan kami yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video simpulan bahasa ini berjalan dengan lancar. Semoga video simpulan bahasa ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sekian. Terima kasih.





SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...