Sunday, June 13, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

 DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

Hello guyss, hari ini saya nak kongsikan berkaitan drama Korea. Walaupun saya tak minat drama Korea, tapi lepas penerangan dan perkongsian cerita daripada Prof.Dr. Normaliza Abd Rahim terus saya jadi seronok dan faham jalan cerita dan pengisian drama Korea tersebut.

Jom tengok.... 

Link: ( https://www.youtube.com/watch?v=zNx2BjyJmlA)


Haa, Prof ada kongsikan mengenai permulaannya drama Korea mula mendapat perhatian daripada peminat di negara Malaysia. Seterusnya, Prof juga menjawab beberapa soalan daripada pelayar dan berkongsi lebih banyak dan mendalam berkaitan tajuk iaitu drama Korea.


Post Sebelum Program





Post Semasa Program



Post Selepas Program







Wednesday, June 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-VIDEO TRAGEDI (SANGGA BUANA)

 VIDEO TRAGEDI

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Link: ( https://www.youtube.com/watch?v=Nn4_09XwKAA&t=255s)


Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami yang seterusnya iaitu video tragedi.
Untuk pengetahuan anda, video tragedi biasanya memberikan kesan trauma dan pengajaran kepada penonton. Untuk menghasilkan video tragedi ini, kami mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp dan perbincangan dimulakan dengan membincangkan tajuk serta jalan cerita bagi video ini. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing.
Video ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Najihah yang mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri. Keluarga tirinya selalu menganiayai dan mendera Najihah. Walau bagaimanapun, hal ini tidak diketahui oleh bapa Najihah. Pada suatu hari, sebuah tragedi telah menimpa ibu tirinya. Ibu tiri Najihah telah diragut dan dilanggar oleh sebuah kereta. Ketika ibu tirinya sakit, Najihah setia menjaga ibu tirinya. Hal ini menyebabkan ibu tirinya berasa insaf dan Najihah pun memaafkan ibu tirinya itu. Oleh itu, judul bagi video tragedi kami ialah “Peluang Kedua”. Video ini dihasilkan oleh ahli kumpulan kami iaitu Najihah dan dibantu oleh rakan-rakannya iaitu Syazlina, Haslinda, Ayuni, Syakirah, Hafilda, Nadia dan Farisha Alia.

Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberikan penambahbaikan agar video tragedi ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing.

Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini menghiburkan anda semua.

Terima kasih dan jumpa lagi di posting seterusnya!



Kehadiran:








BBM3410-2021-MINGGU 11-VIDEO SERAM (SANGGA BUANA)

 VIDEO SERAM

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Link: ( https://www.youtube.com/watch?v=h-7LIWz7i-w&t=27s)


Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami yang seterusnya iaitu video seram. Untuk pengetahuan anda, video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan dan memberikan kesan yang menakutkan kepada penonton. Video seram juga biasanya melibatkan hantu atau entiti yang kelihatan atau tidak kelihatan. Untuk menghasilkan video tersebut, kami mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp dan perbincangan dimulakan dengan membincangkan tajuk serta jalan cerita bagi video ini. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing.

Proses pengambaran atau shooting melibatkan dua orang ahli kami yang berada di kolej, iaitu Hana dan Syed atau lebih dikenali sebagai Burn. Video ini mengisahkan tentang empat orang sahabat iaitu Hana, Burn, Nafie dan Syahmi yang sedang belajar di kolej. Tiba-tiba, Hana berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena beberapa minit sebelum azan Isyak berkumandang. Ketika Burn, Nafie dan Syahmi ke surau, mereka meninggalkan Hana bersendirian. Setelah mereka selesai menunaikan solat, mereka tidak perasan bahawa Hana berubah menjadi senyap dan pucat. Setelah itu, mereka mula diganggu oleh “bayangan Hana”. Beberapa minit kemudian, Burn terbangun daripada tidur. Rupa-rupanya, dia hanya bermimpi. Namun begitu, mimpi Burn sebenarnya sebuah dejavu yang amat menyeramkan. Oleh itu, kami berpakat untuk menamakan video seram ini sebagai “Dejavu”.

Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberikan penambahbaikan agar video seram ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing.

Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini menghiburkan anda semua.

Terima kasih dan jumpa lagi!


Kehadiran:





BBM3410-2021-MINGGU 11-VIDEO FOKUS (SANGGA BUANA)

 VIDEO FOKUS

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


link: (https://www.youtube.com/watch?v=aZXsP1rK1D8&t=40s)


Assalamualaikum dan hai semua!

Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami iaitu video fokus. Untuk pengetahuan anda, video fokus tidak memperlihatkan wajah pelakon di dalam video. Untuk menghasilkan video fokus ini, kami mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp dan perbincangan dimulakan dengan membincangkan tajuk serta jalan cerita bagi video ini. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing.
Tajuk yang dipilih untuk video ini ialah “Surat Buat Ayah”. Video ini mengisahkan seorang anak yang telah kematian ayahnya dan mereka dibesarkan oleh ibu mereka sahaja. Anaknya menceritakan kenangan-kenangan yang dilalui oleh mereka sewaktu hayat ayahnya masih ada melalui penulisan surat. Video ini dihasilkan oleh Aiman yang merupakan ahli kumpulan kami dan dibantu oleh Amani Zulaika sebagai jurukamera.
Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh barisan editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberi penambahbaikan agar video fokus ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing.

Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini menghiburkan anda semua.

Terima kasih dan jumpa lagi!


Kehadiran:



Sunday, June 6, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-KESEDARAN (TWITTER)

 KESEDARAN

Di laman twitter saya pula, saya akan kongsikan berkaitan tema kesedaran pula disertai maklum balas saya terhadap post rakan-rakan saya berkaitan tema kesedaran...Mai tengok!!


Post Sendiri:


Post Rakan-Rakan:







BBM3410-2021-MINGGU 10-PERUBAHAN (INSTAGRAM)

 PERUBAHAN

Di laman instagram saya pula, saya akan kongsikan post saya berkaitan tema perubahan dan beberapa komen saya di post rakan-rakan saya berkaitan posting perubahan...Jom Tengok!!


Post Sendiri:



Post Rakan-Rakan:







BBM3410-2021-MINGGU 10-TEKA-TEKI (FACEBOOK)

 TEKA TEKI

Pada minggu ke-10 ini, saya hendak kongsikan post saya di Facebook berkaitan teka-teki disertai komen saya di post rakan-rakan saya heheheheh...Ayuh saksikan!


Post Sendiri:



Post Rakan-Rakan:









SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...