Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

BBM3410-2021- MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

Asas grafik mempunyai lima elemen dan kelima-lima elemen ini menjadi asas kepada grafik. Elemen tersebut ialah :

 

1.MUDAH

Sesuatu perkara yang mudah untuk difahami melalui penglihatan seseorang berkaitan perkara yang hendak diterangkan dalam video mahupun gambar. Elemen mudah ini berkaitan bagaimana mesej disampaikan membuatkan orang faham dengan lebih cepat. Contohnya sekeping foto basikal lama di dinding kayu, orang akan mengetahui bahawa gambar tersebut menerangkan bentuk basikal lama dan persekitaran zaman dahulu.

2.WARNA

Merupakan kombinasi warna ataupun sesuatu warna dalam satu gambaran dalam bentuk video atau foto. Grafik yang baik dan bagus seharusnya tidak memiliki lebih daripada tiga warna. Elemen warna mengikut mesej yang hendak disampaikan di dalam foto atau video. Sebagai contoh, gambar kereta biru di tepi sawah yang kehijauan yang berlatar belakangkan langit biru yang cerah. Foto ini memfokuskan elemen warna biru dan hijau tersebut sebagai mesej utama.

3. TEKS

Teks merujuk kepada penggunaan sesuatu font dalam foto atau video grafik. Teks diambil kira sebagai tujuan pemahaman terhadap grafik yang dihasilkan. Penggunaan teks dan font yang baik dapat menghasilkan penyampaian maklumat yang baik. Sebagai contoh, iklan telefon bimbit disertai dengan teks “ Nipis dan Ringan” memberi gambaran berkaitan jenis dan bagaimana bentuk telefon tersebut. Teks tersebut seharusnya ditulis dalam font yang besar dan lebih menonjol untuk menarik perhatian pelanggan.

4. KESESUAIAN

Didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video. Sebagai contoh, gambar seorang jejaka berlatar belakangkan bangunan bersejarah lama di Georgetown, Pulau Pinang serta terdapat lukisan bersejarah di dinding jalanan yang bertemakan “ Sejarah lukisan dan seni bina bangunan “.

5. KESEIMBANGAN

Berkaitan keseimbangan ruang dalam foto atau video. Ruang kiri dan ruang kiri dalam foto atau video haruslah seimbang dari segi kedudukan barangan atau objeknya. Sebagai contoh, dalam sesebuah foto, di sebelah ruang kiri foto terdapat pokok dan di ruang kanan terdapat rumah kampung, ruang atas awan biru, dan ruang bawah rumput warna hijau. Perkara ini menunjukkan elemen keseimbangan dalam sesebuah foto dari segi ruang.

 

 

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang Selangor.





Buku Rujukan


1 comment:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...