Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 

CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA


RUJUKAN : 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


SAYA YANG ISTIMEWA

Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan yang telah dibeli dari pasar tani. Hal ini kerana, bapanya tahu bahawa Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan dan bapanya membeli buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Setelah bapanya pulang ke rumah, abang Imran menyapa bapanya dan bertanya di mana bapanya beli buah-buahan ini. Bapanya menjawab pertanyaan abang Imran dengan mengatakan bahawa buah-buahan tersebut di beli di pasar tani dan seterusnya bapanya lantas menyuruh abang Imran memanggil adik-adik dan ibu untuk makan bersama-sama buah-buahan yang dibeli itu. Setelah diamanahkan oleh bapa, abang Imran pun memanggil ibu, Madinah, Alim dan Aisyah. Setelah dipanggil kesemua ahli keluarga, terdengar jeritan Madinah sambil melompat-lompat keriangan melihat banyaknya buah-buahan. Gelagat Aisyah pula berlari untuk mendapatkan buah manggis dalam plastik dengan mengatakan hendak buah manggis. Setelah itu, ibu bersuara dengan mengatakan ibu telah menyediakan bakul sampah dan mengarahkan agar semua sampah dibuang dalam tong sampah tersebut. Ibu juga berpesan jangan letak sisa buah-buahan merata tempat supaya rumah tidak kotor dan bersepah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah menganggukkan kepala tanda reaksi terhadap kata-kata ibu. Kemudian, Alim lantas tiba-tiba bersuara dengan mengatakan kepada ibunya berkaitan kehendaknya untuk memberi sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Hal ini kerana, Alim berkata ibu dan bapa selalu berpesan dan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibu pun berkata baiknya Alim ingat pesan ibu dan bapa sambil ibu mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah. Setelah siap ibu pun menyuruh Alim memberikan buah-buahan dalam plastik merah yang berisi buah rambutan dan manggis tersebut kepada Sulaiman. Alim lantas mengambil plastik tersebut dan berterima kasih kepada ibunya dan terus berlari ke rumah Sulaiman. Seterusnya, Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman dan Sulaiman pun tersenyum serta mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Setelah itu, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim pun membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah dan terserempak dengan mak cik Timah iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu. Mak cik Timah menyapa Alim dengan mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan kepada Alim. Alim lantas kata sama-sama Mak cik Timah. Mak cik Timah berkata Alim memang anak yang baik sambil riak wajah sedih. Lalu, Alim bertanya mengapa sedih Mak cik Timah lantas Mak cik Timah berkata dia bukan sedih tapi gembira kerana Alim berkawan baik dengan Sulaiman. Alim pun berkata dia suka berkawan dengan Sulaiman dan menganggap Sulaiman kawan baik. Akhir sekali, Alim pun melambai ke arah Mak cik Timah dan masuk ke dalam rumah sambil Mak cik Timah mendoakan kesejahteraan Alim dan keluarganya.

 



Buku Rujukan

 


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...