CERITA SOSIAL
Sumber:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.
JADUAL
1: Bilangan Kata
JENIS KATA |
JUMLAH |
Kata Kerja |
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 1. pulang 2. bermain 3. mengeluarkan 4. menangis 5. mengangkat 6. berjalan 7. berdiri 8. menonton 9. menolong JUMLAH: 17 Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa 1. menolong 2. membawa 3. membeli 4. panggil 5. melompat - lompat 6. berkongsi 7. mengasingkan 8. mengambil 9. memberikan 10. menyapu 11. memandang JUMLAH: 16 Cerita Sosial 3: Keluarga Saya 1. bermain 2. berjalan 3. menolong 4. mengutip 5. mengemas 6. menyimpan 7. menyapu 8. memegang 9. memujuk 10. belajar JUMLAH: 18 Cerita Sosial 4: Hati 1. membawa 2. berkongsi 3. memberikan 4. mengemas 5. belajar 6. beritahu 7. mengusap - usap 8. memakai 9. mengajar 10. membeli JUMLAH: 20 Cerita Sosial 5: Jiran 1. menangis 2. membawa 3. berkongsi 4. memberikan 5. mengemas 6. menyusun 7. membaca 8. melambai - lambai JUMLAH: 13 JUMLAH BESAR: 84 |
Kata Adjektif |
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 1. hairan 2. keliru 3. marah 4. sedih JUMLAH: 6 Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa 1. sedih 2. tersenyum 3. gemar 4. baik JUMLAH: 14 Cerita Sosial 3: Keluarga Saya 1. ketawa 2. tersenyum 3. baik 4. sayang 5. rindu 6. penyayang 7. rajin 8. sabar JUMLAH: 17 Cerita Sosial 4: Hati 1. rajin 2. pandai 3. bangga 4. suka 5. baik hati JUMLAH: 10 Cerita Sosial 5: Jiran 1. sedih 2. gembira 3. suka 4. pemurah 5. sakit 6. kaku 7. sembuh 8. sihat JUMLAH: 15 JUMLAH BESAR: 62 |
Kata Nama |
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 1. Alim 2. nenek dan datuk 3. ibu 4. bapa 5. Kak Madinah 6. Abang Imran 7. Aisyah 8. Melaka 9. reban 10. ayam dan itik 11. kampung 12. rumah JUMLAH: 103 Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa 1. Alim 2. ibu 3. bapa 4. Kak Madinah 5. Abang Imran 6. Aisyah 7. Sulaiman 8. jiran 9. rumah 10. buah-buahan 11. buah rambutan 12. buah manggis 13. buah duku 14. buah langsat 15. buah durian 16. pasar tani JUMLAH: 94 Cerita Sosial 3: Keluarga Saya 1. Alim 2. ibu 3. bapa 4. Kak Madinah 5. Abang Imran 6. Aisyah 7. jiran 8. rumah 9. keluarga JUMLAH: 89 Cerita Sosial 4: Hati 1. Alim 2. nenek 3. ibu 4. bapa 5. Kak Madinah 6. Abang Imran 7. Aisyah 8. guru besar 9. rakan 10. sekolah 11. jiran 12. kek cawan 13. sayur bayam JUMLAH: 74 Cerita Sosial 5: Jiran 1. Alim 2. ibu 3. bapa 4. Kak Madinah 5. Abang Imran 6. Aisyah 7. Sulaiman 8. klinik 9. jiran 10. buku JUMLAH: 78 JUMLAH BESAR: 438 |
Kata Ganti Nama |
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 1. mereka JUMLAH: 3 Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa 1. dia 2. kita 3. kamu 4. -nya JUMLAH: 11 Cerita Sosial 3: Keluarga Saya 1. dia 2. saya 3. kami 4. mereka 5. –nya JUMLAH: 15 Cerita Sosial 4: Hati -TIADA- Cerita Sosial 5: Jiran 1. dia 2. saya 3. kamu 4. mereka 5. -nya JUMLAH: 11 JUMLAH BESAR: 40 |
Kata Sendi Nama |
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 1. akan 2. ke 3. di 4. untuk 5. dari 6. dalam 7. oleh 8. dengan 9. tentang 10. daripada JUMLAH: 38 Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa 1. dari 2. kepada 3. dalam 4. akan 5. ke 6. di 7. dengan 8. akan JUMLAH: 30 Cerita Sosial 3: Keluarga Saya 1. di 2. dalam 3. ke 4. akan 5. untuk 6. kepada 7. daripada 8. dari JUMLAH: 35 Cerita Sosial 4: Hati 1. ke 2. dengan 3. akan 4. di 5. untuk 6. tentang 7. dalam 8. pada 9. kepada 10. seperti 11. daripada JUMLAH: 38 Cerita Sosial 5: Jiran 1. oleh 2. akan 3. pada 4. kepada 5. dengan 6. di 7. tentang 8. ke 9. dalam JUMLAH: 24 JUMLAH BESAR: 165 |
Kata Arahan |
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa 1.
jangan JUMLAH: 1 Cerita Sosial 3: Keluarga Saya -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita Sosial 4: Hati -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita Sosial 5: Jiran -TIADA- JUMLAH: 0 JUMLAH BESAR: 1 |
Kata Tanya |
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 1.
apa 2.
kenapa JUMLAH: 2 Cerita sosial 2: Saya yang Istimewa 1.
mana 2.
kenapa JUMLAH: 2 Cerita Sosial 3: Keluarga Saya -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita sosial 4: Hati -TIADA- JUMLAH: 0 Cerita Sosial 5: Jiran 1.
kenapa JUMLAH: 1 JUMLAH BESAR: 5 |
JADUAL
2: Perbandingan antara Cerita Sosial
TAJUK CERITA SOSIAL |
PERBANDINGAN |
Nenek dan Datuk |
Tema:
Kekeluargaan Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan tentang Alim, seorang budak lelaki yang pulang ke
kampung datuk dan neneknya. Alim menunjukkan pelbagai emosi sebaik sahaja
tiba di kampung datuk dan nenek. Alim menangis apabila tidak melihat kelibat
ayam dan itik di dalam reban, dia juga menangis apabila melihat keadaan rumah
datuk dan nenek yang berlainan daripada biasa dan berasa gembira pula apabila
menonton cerita kartun bersama-sama dengan abang Imran, kak Madinah dan
Aisyah di televisyen. Ibu, bapa, datuk dan nenek berasa hairan dengan
kelakuan Alim pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, suasana kampung yang
berlainan daripada biasa merapatkan lagi ukhwah mereka sekeluarga. Latar:
Dalam cerita sosial ini, latar tempatnya adalah di kampung datuk dan nenek.
Secara keseluruhannya, penceritaannya berlaku di kampung datuk dan nenek
sahaja. Selain itu, latar masyarakat yang terkandung dalam cerita ini ialah
latar masyarakat kampung iaitu datuk dan nenek yang tinggal di kampung. Bukan
itu sahaja, latar masyarakat berkeluarga dan masyarakat yang berkasih sayang
juga terkandung dalam cerita sosial ini. Bagi latar masa, hanya satu latar
masa yang terdapat dalam cerita sosial ini iaitu 30 minit perjalanan. 30
minit perjalanan ini merujuk kepada perjalanan ibu, bapa, Alim, abang Imran, kak
Madinah dan Aisyah ke rumah datuk dan nenek di Kajang. Watak:
Watak yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah datuk, nenek, ibu, bapa,
Imran, Madinah, Aisyah dan Alim. Mereka berasal daripada sebuah keluarga yang
sama. Emosi:
Emosi yang terdapat dalam cerita sosial ini adalah seperti gembira, rindu,
sedih, marah, keliru dan puas hati. Kebanyakan emosi ini ditonjolkan oleh
Alim. Nilai/Pengajaran:
Nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah nilai berkasih sayang dan
kesabaran. |
Saya yang
Istimewa |
Tema:
Kekeluargaan Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak kecil bernama Alim yang sangat
pemurah dan baik hati. Ceritanya bermula apabila bapa Alim membawa pulang
pelbagai buah-buahan yang menjadi kegemaran anak-anaknya. Alim merupakan anak
yang taat kepada ibu bapa dan sentiasa mendengar nasihat ibu bapanya. Dia
juga mempunyai sifat pemurah apabila memberikan buah-buahan yang dibawa oleh
bapanya kepada Sulaiman yang merupakan jirannya. Keakraban antara Alim dan
jirannya Sulaiman semakin terjalin. Latar: Latar
tempat yang terdapat dalam cerita sosial dua ini ialah latar di rumah ibu dan
bapa yang merupakan rumah Alim dan keluarganya. Latar tempat yang kedua ialah
rumah Sulaiman iaitu rumah jiran Alim. Latar ini dikenal pasti apabila Alim memberi
buah-buahan kepada Sulaiman. Latar masyarakat pula ialah masyarakat yang
pemurah iaitu Alim yang berkongsi buah-buahan yang dibawa oleh bapanya
bersama jirannya Sulaiman. Latar masa pula ialah pada hari Ahad iaitu hari
bapa Alim membawa pulang buah-buahan tersebut. Watak: Watak
yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah Alim, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah,
Sulaiman, dan Mak Cik Timah. Sulaiman dan Mak Cik Timah merupakan jiran
kepada Alim. Emosi: Emosi
yang ditonjolkan dalam kisah ini ialah gembira, sedih, dan puas hati. Nilai/Pengajaran: Nilai
yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kasih sayang, baik hati, dan
pemurah. Nilai kasih sayang dapat ditunjukkan oleh bapa Alim yang membawa
buah-buahan kepada anak-anaknya. Nilai baik hati dan pemurah pula ditunjukkan
oleh Alim yang berkongsi buah-buahan bersama jirannya, Sulaiman. |
Keluarga |
Tema: Kekeluargaan
Sinopsis: Cerita
ini mengisahkan seorang budak kecil berumur 9 tahun yang bernama Alim. Alim merupakan
seorang kanak-kanak yang mempunyai hati yang sangat baik. Alim seorang anak,
adik dan abang yang sangat penyayang walaupun di usia yang masih muda. Alim
berusaha untuk mengenal nama setiap ahli keluarganya. Alim juga sering
membantu dalam hal- hal kerja rumah. Alim juga seorang anak yang baik dan
dengar kata. Oleh sebab itu, dia sering dipuji oleh ibu dan bapa bahawa Alim
seorang anak yang baik. Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di
rumah dan belajar bersabar serta rajin bekerja. Latar: Dalam
cerita sosial ini, latar tempat merupakan di dalam sebuah rumah kecil tempat
di mana keluarga ini tinggal. Keseluruhan cerita berlaku di dalam rumah
mereka. Selain itu, latar masyarakat yang terkandung di dalam cerita ini
adalah latar masyarakat berkeluarga dan berkasih sayang di antara ahli
keluarga mereka. Watak: Watak
yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah Alim, ibu, bapa, Imran, Madinah
dan Aisyah. Mereka berasal daripada sebuah keluarga yang sama. Emosi: Emosi
yang rata-rata ditunjukkan adalah melalui watak Alim seperti gembira, keliru
resah dan kecewa. Nilai/Pengajaran: Nilai
yang terdapat di dalam cerita sosial keluarga ini adalah sifat kasih sayang,
sabar, ikhlas dan mengambil berat antara ahli keluarga dapat memupuk satu keharmonian.
Selain itu, amalan saling bantu membantu antara ahli keluarga juga terdapat
dalam cerita sosial ini. Nilai baik hati dan bertanggung jawab, rajin dan
rasional turut dipaparkan dalam cerita ini. |
Hati |
Tema: Kasih
sayang Sinopsis: Cerita
ini berkisahkan tentang seorang budak bernama Alim. Alim seorang yang
pemurah. Alim suka berkongsi barang kepunyaannya kepada orang sekelilingnya.
Pada hari lahir Alim, Alim membawa kek cawan ke sekolah untuk diberikan
kepada rakan-rakannya walaupun Alim tidak faham makna hari lahir. Alim juga
seorang yang mudah belajar dan pandai berdikari. Alim semakin pandai
menguruskan dirinya sendiri. Apabila di sekolah, Alim diajarkan banyak
perkara untuk menguruskan diri. Cikgu Anis banyak menolong Alim mempelajari
beberapa perkara asas yang diperlukan Alim. Kawan-kawan Alim juga turut sama
mempelajari apa yang dipelajari Alim. Latar: Latar
tempat cerita sosial ini adalah di sekolah Alim. Di sekolah, Alim belajar
beberapa perkara asas kehidupan dan juga bertemu kawan-kawan. Selain itu,
pasar tani yang menjadi tempat Alim dan rakan-rakannya belajar membeli sayur.
Latar masyarakat bagi cerita sosial ini pula adalah masyarakat yang
penyayang, masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan, dan masyarakat yang
pemurah. Seterusnya, latar masa yang terkandung dalam cerita sosial ini
adalah hari ini yang merupakan hari persekolahan Alim. Selain itu, semalam
yang merupakan waktu ibu memberitahu tentang hari jadi Alim. Seterusnya,
minggu lepas yang merupakan hari Alim dan rakan-rakannya dibawa ke pasar
tani. Watak: Watak
yang terdapat dalam cerita sosial termasuklah Alim, ibu, bapa, Kak Madinah,
Abang Imran, Aisyah, Cikgu Anis dan rakan-rakan Alim. Emosi: Emosi
yang terkandung dalam cerita sosial ini adalah gembira dan puas hati. Nilai/Pengajaran: Nilai
yang terdapat dalam cerita sosial ini termasuklah nilai baik hati, kasih
sayang, ambil berat, ikhlas, jujur, menghargai, hormat menghormati, dan juga
pemurah. |
Jiran |
Tema:
Baik hati Sinopsis:
Cerita ini berkisarkan tentang seorang budak lelaki bernama Alim. Alim
merupakan seorang yang baik hati. Alim mempunyai jiran bernama Sulaiman.
Sulaiman merupakan kawan baik Alim dan bersekolah di sekolah yang sama dengan
Alim. Alim mempunyai banyak buku cerita dan sering berkongsi buku ceritanya
kepada Sulaiman. Kadang-kala, Sulaiman turut berkongsi coklat yang dibelinya
bersama-sama dengan Alim. Pada suatu hari, Alim jatuh sakit akibat demam
panas. Abang, kakak, adik sedih melihat keadaan Alim. Akhirnya, Alim sembuh.
Alim kini boleh membaca buku cerita bersama-sama Sulaiman. Latar:
Latar tempat cerita sosial ini ialah di kawasan sekitar rumah. Alim kerap
mengemas dan menyusun buku di rumahnya. Alim juga sering ke rumah Sulaiman
untuk membaca buku bersama-sama. Selain itu, latar tempat dalam cerita ini
adalah di klinik. Alim dihantar ke klinik berhampiran akibat demam panas.
Selain itu, latar masyarakat cerita sosial ini ialah masyarakat yang baik
hati, masyarakat yang penyayang, masyarakat yang bertanggungjawab dan
masyarakat yang mengambil berat. Akhir sekali, latar masa yang terdapat dalam
cerita sosial ini ialah pada waktu petang dan malam. Pada waktu ini, Alim membaca
buku cerita. Watak:
Watak yang terlibat dalam cerita sosial ini ialah Alim, Ibu, bapa, Kak
Madihah, Abang Imran, Aisyah, Sulaiman dan doktor. Emosi:
Emosi yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah gembira, terharu dan sedih. Nilai/Pengajaran:
Nilai yang ditonjolkan dalam cerita sosial ini ialah baik hati,
bertanggungjawab, kasih sayang, ambil berat, ikhlas, jujur, yakin, kejiranan
dan rasional. |
JADUAL
3: Menyimpulkan Hasil Bacaan
KANDUNGAN DALAM CERITA
SOSIAL |
Menurut
pendekatan teori analisis wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018), kandungan dianalisis
melalui tema, sampel/bahan, jenis teks/tulisan dan ujaran/interaksi. Dalam
kajian wacana cerita sosial ini, terdapat beberapa judul yang dianalisis
iaitu “Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, “Keluarga Saya”, “Hati”, dan “
Jiran”. Bagi elemen teks, cerita sosial ini merupakan satu cerita pendek.
Setiap cerita ini mempunyai tema masing-masing iaitu dalam cerita “ Nenek dan
Datuk”, “Saya yang Istimewa”, dan “Keluarga Saya”, ia bertemakan
kekeluargaan, dalam cerita “Hati” pula bertemakan kemasyarakatan manakala cerita
“Jiran” pula bertemakan kejiranan. Selain itu, bagi elemen sampel/bahan pula
dianalisis dari segi watak yang terdapat dalam cerita tersebut seperti watak
ahli keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, abang Imran, kak Madinah,
Alim, Aisyah, datuk dan nenek. Watak jiran pula terdiri daripada Sulaiman, Mak
Cik Timah dan Pak Cik Yakub manakala watak di sekolah pula terdiri daripada
Cikgu Anis dan rakan-rakan Alim. Kesemua cerita sosial ini memaparkan bentuk
penceritaan dan menggunakan dialog. |
KONTEKS DALAM CERITA
SOSIAL |
Berdasarkan
konteks dalam cerita sosial, konteks terdiri daripada tiga bahagian iaitu
tatabahasa, latar dan situasi. Konteks tatabahasa menunjukkan penggunaan kosa
kata dan sktruktur ayat yang mudah difahami oleh pembaca. Contoh konteks
tatabahasa dalam cerita sosial ialah penggunaan kata dan ayat yang mudah dan
sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. Pemilihan kosa kata yang
digunakan bersesuaian dengan umur dan kanak-kanak istimewa. Cerita sosial
bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak
austime, disleksia, cerebral play serta apa-apa juga keistimewaan yang
lain, malah sesuai untuk semua kanak-kanak yang suka dengan teks berbentuk
cerita. Selain itu, konteks latar pula menjelaskan
tempat cerita ini berlaku. Contoh konteks latar yang berlaku dalam cerita-cerita
sosial ini adalah di kampung nenek dan datuk, rumah ibu dan bapa, sekolah,
rumah dan rumah jiran. Latar bagi setiap cerita sosial terdapat persamaan dan
kelainan. Contohnya, cerita berjudul “Saya yang Istimewa” dan “Keluarga”
mempunyai latar di rumah ibu dan bapa manakala cerita berjudul “Hati”
terletak di sekolah, rumah ibu bapa dan jiran. Walapun kebanyakan latar
terletak di rumah ibu dan bapa, namun tujuan penceritaan adalah untuk
menjelaskan kekuatan hubungan kekeluargaan terhadap kanak-kanak. Konteks
situasi pula menunjukkan emosi dalam cerita sosial. Contoh emosi yang
digunakan adalah seperti gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati,
resah, simpati dan mengambil berat. Selain itu, terdapat persamaan dan
perbezaan emosi bagi setiap cerita sosial. Cerita sosial berjudul “Nenek dan
Datuk” mengandungi emosi gembira, rindu, sedih, marah, keliru dan puas hati.
Contohnya emosi gembira yang terdapat dalam cerita ini adalah seperti “Alim
tersenyum melihat ayam dan itik” dan “Alim ketawa bersama Abang Imran, Kak
Madinah dan Aisyah”. Dalam kedua-dua situasi ini, Alim kelihatan gembira
apabila melihat ayam dan itik dan dia juga gembira apabila bersama Abang
Imran, Kak Madinah dan Aisyah. |
ANALISIS DALAM CERITA SOSIAL |
Keluarga saya Pelbagai
nilai telah dimuatkan dalam cerita ini. Sebagai contoh, nilai baik hati,
sabar, tolong menolong, ikhlas, ambil berat, rajin, usaha, tanggungjawab dan
rasional. Nilai-nilai ini ditonjolkan melalui beberapa keadaan yang wujud dalam
cerita tersebut. Keadaan tersebut telah diwujudkan oleh dialog-dialog
perbualan antara Alim dengan ahli keluarganya. Sebagai contoh, nilai sabar
ditonjolkan dalam dialog "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu
tolong!” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu
bersama Alim. "Begini. Perlahan-lahan ya!". Nenek dan Datuk Nenek
dan datuk merupakan fokus dalam cerita ini. Pelbagai nilai yang ditonjolkan
oleh nenek dan datuk seperti kasih sayang, mengambil berat, rasional,
tanggungjawab, ikhlas, jujur, baik hati dan kekeluargaan. Selain itu, ibu dan
bapa turut mempunyai nilai kekeluargaan. Cerita ini juga menunjukkan bahawa
Alim mempunyai nilai sosial yang tersendiri. Bukan itu sahaja, sisi Alim yang
mudah keliru dan beremosi juga ditonjolkan dalam cerita ini. Alim perlu
menjadikan keluarganya sebagai rujukan agar dirinya dapat bersosial dan
memahami setiap situasi. Saya yang istimewa Nilai
sosial dalam cerita ini boleh dijadikan panduan kepada orang ramai. Sebagai
contoh, nilai baik hati, ikhlas, tanggungjawab, tolong menolong dan mengambil
berat. Nilai-nilai ini wujud dalam diri Alim. Cerita “Saya yang Istimewa” ini
tertumpu kepada watak Alim. Penggarapan nilai tersebut dalam dirinya telah
memberi kesan terhadap persekitarannya. Sebagai contoh, Alim menunjukkan
nilai baik hati apabila Alim sudi berkongsi buah-buahan tersebut dengan
jirannya. Hati Cerita
sosial ini memaparkan hubungan sosial Alim bersama-sama dengan gurunya iaitu
Cikgu Anis, rakan-rakannya dan ibu. Fokus dalam cerita ini ialah pergaulan
Alim bersama orang lain selain daripada keluarganya. Dalam cerita ini juga
telah memaparkan watak Cikgu Anis, Alim, ibu dan rakan-rakan kelasnya. Ia
juga menampilkan beberapa nilai seperti baik hati, ambil berat, ikhlas,
jujur, berkongsi, berterima kasih, hormat-menghormati dan rajin. Contoh nilai
rajin yang ditampilkan adalah apabila Alim menumpukan perhatian dalam kelas
Cikgu Anis. Jiran Dalam
cerita sosial ini, nilai-nilai yang diterapkan ialah baik hati,
tanggungjawab, kasih sayang, rasional, ambil berat, ikhlas, jujur dan yakin.
Contohnya, nilai kasih sayang yang ditunjukkan dalam cerita sosial ini
apabila Alim jatuh sakit. Seluruh keluarga Alim berasa sedih dan menangis
kerana Alim sakit. Nilai sosial yang ditunjuk dalam cerita sosial ini boleh
membantu Alim memahami situasi sekeliling dan setiap keadaan yang akan
ditempuhinya. |
No comments:
Post a Comment