PENDUA
Sumber:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nota:
Pendua merujuk kepada gambar yang diambil pada permukaan atau benda yang boleh dipantul dan gambar akan menampakkan objek seolah-olah terdapat dua hasil daripada pantulan dalam gambar tersebut yang disebut sebagai pendua.
Papan Cerita Pendua
Cermin
Gambar diambil di kawasan cermin tingkap luar rumah kediaman. Gambar menampakkan dua objek jari yang dipantulkan di cermin tingkap menjadikan gambar tersebut melihatkan dua gambar jari dalam satu masa. Gambar ini merupakan teknik pendua cermin.
Gambar diambil di hadapan cermin rumah kediaman. Seorang budak yang melihat mukanya di cermin dan melihatkan pantulan mukanya di cermin seolaha-olah ada dua gambar budak tersebut dalam satu gambar. Perkara ini merupakan teknik pendua cermin.
Air
Gambar yang diambil di kawasan perumahan jeti di muara sungai. Dalam gambar tersebut menampakkan pantulan rumah jeti tersebut di permukaan air laut. Perkara ini menunjukkan pantulan gambar pendua air.
Gambar diambil di kawasan tasik. Pondok dan pokok-pokok berdekatan tasik tersebut terpantul ke kawasan air tasik menjadikan gambar menunjukkan pantulan dua objek di dalam air tersebut. Perkara ini merupakan gambar pendua air.
Bayang
Gambar diambil di tepi pantai di waktu petang. Gambar menunjukkan gambar seorang remaja berdiri dan terdapat pantulan bayang di belakangnya dan menampakkan pantulan penangkap gambar sekali. Perkara ini menunjukkan terdapat teknik pendua bayang dalam gambar ini.
No comments:
Post a Comment