Saturday, April 17, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- ASAS FOTOGRAFI-SILUET

 SILUET

Sumber:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nota:

Siluet merupakan gambar yang objeknya gelap dan latarnya berwarna lebih cerah. Objek dalam gambar siluet akan kelihatan seperti objek hitam tunggal dan latarnya bercahaya atau cerah.


Papan Cerita Siluet

Tumbuhan


Gambar teknik siluet ini diambil di hadapan rumah yang terdapat pokok petai kampung. Gambar ini diambil ketika matahari terik dan menyebabkan gambar yang diambil menampakkan daun dan pohon pokok petai kampung menjadi objek gelap tidak menampakkan warna asalnya kerana latar belakang gambar cahaya matahari yang terik.


Gambar yang diambil di kawasan pantai yang terdapat pokok pantai iaitu pokok rhu. Gambar menampakkan pokok pantai menjadi objek gelap dan latar belakangnya cahaya matahari yang cerah langit putih. Perkara ini menepati teknik gambar cara siluet.

Manusia


Gambar siluet ini menunjukkan seorang budak yang mencangkung namun tidak dapat nampak jelas mukanya dan badannya kerana objek menjadi gelap dan berbentuk tunggal dan latar belakangnya cerah dan bercahaya. Perkara ini menepati elemen siluet dalam gambar yang diambil tersebut.






Gambar kelihatan objek manusia berdiri menghadap cahaya di hadapannya yang lebih cerah berbanding cahaya di objek manusia tersebut. Gambar manusia itu kelihatan gelap dan hanya mengetahui bahawa objek manusia itu berdiri melalui gambar siluet manusia tersebut berdiri.




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...