Sunday, April 18, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- ASAS FOTOGRAFI-POTRAIT

 POTRAIT

Sumber:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nota:

Potrait merupakan gambar yang diambil secara dekat dan berfokus. Gambar potrait boleh menjelaskan sesuatu situasi melalui gambar tersebut.


Papan Cerita Potrait

Muka


Gambar potrait yang diambil difokuskan kepada muka seorang budak lelaki. Gambar wajah kelihatan jelas dan mudah difahami pada keseluruhan wajahnya. Perkara ini menepati elemen potrait yang memfokuskan perkara yang ditekankan dalam gambar.

Gambar potrait diambil pada budak lelaki yang memandang ke kanan gambar dan gambar potrait memfokuskan muka budak tersebut yang dalam keadaan mulut ternganga ketawa dan mata dipejamkan. Oleh itu, gambar potrait ini menjelaskan perkara yang hendak ditekankan dalam gambar tersebut.


Gambar potrait diambil pada remaja lelaki yang memfokuskan kepada riak wajah mukanya yang masam memandang kamera. Gambar potrait ini menjelaskan perkara yang hendak ditekankan dengan jelas dalam gambar tersebut.


Separuh Badan


Gambar potrait separuh badan yang memfokuskan kepada seorang lelaki memegang dan melihat baja tanaman. Gambar potrait ini jelas difahami bahawa lelaki tersebut sedang bercucuk tanam daripada gambar yang menjelaskan perkara tersebut.


Gambar potrait separuh badan ini menunjukkan gaya tubuh badan seorang lelaki yang angkuh dan mendongakan pandangannya. Gambar potrait separuh badan ini jelas menunjukkan reaksi lelaki tersebut.


Gambar potrait separuh badan diambil ini menjelaskan keadaan budak lelaki yang mahu berlari namun dipanggil. Gambar potrait separuh badan tersebut menjelaskan situasi yang berlaku dan yang difokuskan dalam gambar tersebut.


Badan Penuh


Gambar potrait penuh badan ini memfokuskan kepada seorang lelaki memasukkan tangannya di poket seluar. Gambar potrait penuh badan ini menerangkan bahawa gambar ini menjelaskan perbuatan lelaki tersebut memasukkan tangannya dalam poket seluar dan memandang kamera.


Gambar potrait penuh badan ini diambil tentang seorang budak lelaki yang badannya kurus berdiri dan memakai selipar serta tangannya di sisi. Gambar potrait ini menjelaskan keadaan budak lelaki tersebut dengan jelas tentang pemakaian dan gaya badannya.


Gambar potrait penuh badan ini diambil untuk menerangkan seorang lelaki memasukkan tang ke dalam poket seluar, memakai selipar, menggalas beg besar, dan berjalan ke arah kanan gambar. Gambar potrait penuh badan ini menjelaskan segalanya tentang perkara yang hendak dijelaskan.




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...