PEMANDANGAN
Sumber:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nota:
Gambar yang diambil pada pemandangan yang mengikuti tema dan latar yang diinginkan. Pemandangan yang jelas dan cantik menjadi fokus utama dalam gambar walaupun terdapat gambar lain di dalamnya namun penonton tahu bahawa pemandangan itu yang difokuskan.
Papan Cerita Pemandangan
Gambar ini diambil ketika berada di Kundasang Sabah. Gambar ini memfokuskan pemandangan latar belakangkan Gunung Kinabalu, walaupun terdapat awan-awan putih dan terdapat nampak perumahan bawah gunung dari gambar ini, namun gambar ini tetap memfokuskan bahawa pemandangan Gunung Kinabalu menjadi fokus utama gambar ini.
Gambar ini diambil di atas kapal di tengah laut. Walaupun terdapat tiang lampu di dalam gambar tersebut tidak menghalang untuk penonton memahami bahawa gambar tesebut memfokuskan kepada pemandangan cahaya matahari terbenam yang kelihatan berbanding objek tiang lampu tersebut.
Gambar ini diambil di Pantai Teluk Senangin Perak. Gambar ini memfokuskan pemandangan di sisiran tepi pantai dan penonton dapat memahami gambar ini memfokuskan kepada pemandangan pantai walaupun terdapat objek dan manusia dalam gambar tersebut namun tidak menhalang kepada objektif utama gambar kepada pemandangan pantai.
No comments:
Post a Comment