Sunday, April 18, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- ASAS FOTOGRAFI-LONGSHOT

 LONG SHOT

Sumber:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nota:

Gambar atau video yang diambil secara jauh. Melibatkan paparan latar dan objek dalam satu gambar bagi menerangkan sesuatu paparan keadaan. Objek diambil dalam keadaan yang jauh.

Papan Cerita Long Shot



Gambar diambil di waktu petang di stadium mini Bagan Serai. Gambar ini menerangkan seorang bapa dan anak kecilnya berjalan atau beriadah di stadium mini. Gambar pemandangan riadah ini diambil dari jarak yang jauh.



Gambar yang diambil dari atas balkoni ke arah kolam renang melihatkan dari jauh tiga orang budak riang mandi-manda dalam kolam tersebut. Gambar ini mengikuti elemen long shot iaitu gambar diambil dari jauh dan tidak menampakkan riak atau emosi muka orang tersebut dalam gambar yang diambil.


Gambar ini melihatkan pemandangan pinggiran sungai Kota Tinggi, Johor dan terdapat beberapa orang yang sedang berjalan dan menikmati di pinggir sungai Kota Tinggi tersebut dapat dilihat dihujung gambar ini yang agak jauh jaraknya dari kamera. Perkara ini menepati elemen long shot dalam mengambil gambar tersebut.





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...