Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

BBM3410-2021- MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

Asas grafik mempunyai lima elemen dan kelima-lima elemen ini menjadi asas kepada grafik. Elemen tersebut ialah :

 

1.MUDAH

Sesuatu perkara yang mudah untuk difahami melalui penglihatan seseorang berkaitan perkara yang hendak diterangkan dalam video mahupun gambar. Elemen mudah ini berkaitan bagaimana mesej disampaikan membuatkan orang faham dengan lebih cepat. Contohnya sekeping foto basikal lama di dinding kayu, orang akan mengetahui bahawa gambar tersebut menerangkan bentuk basikal lama dan persekitaran zaman dahulu.

2.WARNA

Merupakan kombinasi warna ataupun sesuatu warna dalam satu gambaran dalam bentuk video atau foto. Grafik yang baik dan bagus seharusnya tidak memiliki lebih daripada tiga warna. Elemen warna mengikut mesej yang hendak disampaikan di dalam foto atau video. Sebagai contoh, gambar kereta biru di tepi sawah yang kehijauan yang berlatar belakangkan langit biru yang cerah. Foto ini memfokuskan elemen warna biru dan hijau tersebut sebagai mesej utama.

3. TEKS

Teks merujuk kepada penggunaan sesuatu font dalam foto atau video grafik. Teks diambil kira sebagai tujuan pemahaman terhadap grafik yang dihasilkan. Penggunaan teks dan font yang baik dapat menghasilkan penyampaian maklumat yang baik. Sebagai contoh, iklan telefon bimbit disertai dengan teks “ Nipis dan Ringan” memberi gambaran berkaitan jenis dan bagaimana bentuk telefon tersebut. Teks tersebut seharusnya ditulis dalam font yang besar dan lebih menonjol untuk menarik perhatian pelanggan.

4. KESESUAIAN

Didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video. Sebagai contoh, gambar seorang jejaka berlatar belakangkan bangunan bersejarah lama di Georgetown, Pulau Pinang serta terdapat lukisan bersejarah di dinding jalanan yang bertemakan “ Sejarah lukisan dan seni bina bangunan “.

5. KESEIMBANGAN

Berkaitan keseimbangan ruang dalam foto atau video. Ruang kiri dan ruang kiri dalam foto atau video haruslah seimbang dari segi kedudukan barangan atau objeknya. Sebagai contoh, dalam sesebuah foto, di sebelah ruang kiri foto terdapat pokok dan di ruang kanan terdapat rumah kampung, ruang atas awan biru, dan ruang bawah rumput warna hijau. Perkara ini menunjukkan elemen keseimbangan dalam sesebuah foto dari segi ruang.

 

 

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang Selangor.





Buku Rujukan


BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA


Pendekatan ini mempunyai lima elemen iaitu pra-andaian, emosi, nilai, bahasa dan inferens.


1.PRA-ANDAIAN

Berkaitan intuisi, konteks, penerimaan, penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan, penegasan.

2.EMOSI

Berkaitan emosi positif, negatif, emosi bercampur, perangai, personaliti, mood dan motivasi

3.NILAI DAN BUDAYA

Berkaitan diri, masyarakat, adat  serta budaya seperti jujur, ikhlas, berdikari, hormat-menghormati, dan keadilan.

4.BAHASA

Berkaitan bahasa yang pertama, kedua, ketiga, bahasa tidak formal, dan bahasa linguistik.

5.INFERENS

Berkaitan rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan, dan penutup kata.

 

1.Pra-andaian

Menjadi perkara yang utama sebelum permulaan garis hujah atau tindakan. Dibahagikan kepada dua aspek analisis iaitu instiusi dan konteks. Instiusi berkaitan gerak hati iaitu suatu kemampuan memahami sesuatu tanpa pemikiran rasional dan intelektual. Konteks pula dari aspek penerimaan dan penafian, keperluan perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

2. Emosi

Berkaitan perasaan atau jiwa seseorang. Terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Emosi dikesan melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi diri dan luar.

3. Nilai dan Budaya

Dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan budaya. Hal ini berkaitan rapat dengan nilai yang disenaraikan di dalam rajah di atas. Contohnya, seperti keikhlasan kejujuran dan sebagainya.

4. Bahasa

Memfokuskan kepada penggunaan bahasa pertama, kedua , ketiga dan lain-lain bahasa. Bahasa dikategorikan dalam dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Aspek linguistik juga dianalisis supaya huraian lebih jelas dan padat.

5. Inferens

Terdiri dari tiga aspek, iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan, dan penutup kata. Ketiga aspek ini harus dan perlu dibincangkan agar ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap dan jelas.

 

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.



        
Buku Rujukan
                                                                      

 

Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 1B

 

CERITA SOSIAL 1

 

WATAK

Alim, dua nenek dan dua datuk, ibu dan bapa, abang Imran, kak Madinah, dan Aisyah.

LATAR TEMPAT

Kajang, Melaka, kampung, reban ayam, ruang tamu, dan dapur.

LATAR MASA

30 minit perjalanan pulang ke kampung.

LATAR MASYARAKAT

Latar kehidupan masyarakat kampung yang membela haiwan peliharaan seperti ayam dan itik.

EMOSI POSITIF

Alim tersenyum melihat reban ayam dan ketawa menonton kartun di televisyen.

EMOSI NEGATIF

Alim sedih, marah, dan menangis kerana ayam dan itik disangkakan tiada.

 

 

Sumber : Normaliza Abd Rahim   (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.










BBM3410-2021-MINGGU 1A

 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku merupakan pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Namaku Muhamad Zarif Safwan Bin Mohd Najib bernombor matrik 203965. 

Aku dilahirkan pada 2 September 1999 di Hospital Manjung dan kini aku sudah berusia 22 tahun dan menetap di Bagan Serai, Perak. Boleh saja panggil aku Zarif lebih senang. Aku mempunyai 5 adik beradik dan akulah sulungnya. kehidupan latar belakang aku sederhana dan paling penting kehidupan aku berpindah-randah kerana ayahku sering bertukar tempat kerja. Sepanjang 22 tahun ini aku pernah menetap di negeri Sabah dan Johor. Kehidupan berpindah-randah ini menjadikan latar belakang diri aku yang meminati geografi dan sejarah sesuatu tempat. Tetapi tidak seronok juga berpindah-randah tetapi itulah takdir hidup aku. 

Aku juga meminati sukan bola sepak dan futsal kerana sepanjang kehidupan berpindah-randah aku ini sukan ini membuatkan aku mempunyai ramai kawan 😁. Itulah sedikit sebanyak pengenalan dan latar belakang diriku. 

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh hamba menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang, 

Boleh kita berjumpa lagi...





Muhamad Zarif Safwan Bin Mohd Najib 

203965






SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...