ELEMEN 5: KESEIMBANGAN (INTERNET)
Tema |
Promosi Jualan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Dengan merujuk kepada gambar tersebut, grafik yang
dihasilkan adalah seimbang. Hal ini merujuk kepada pada kedudukan sisi kiri
dan kanan serta atas dan bawah grafik tersebut mempunyai ukuran yang sama.
Selain itu, templet yang diletakkan bersama tulisan di dalamnya juga menepati
elemen keseimbangan. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut kelihatan
tersusun dan mudah dibaca serta difahami oleh pembaca. |
Tema |
Lukisan Seni Jalanan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Menurut
gambar tersebut, terdapat elemen keseimbangan dalam penyusunan objek dalam
gambar tersebut. Sebagai contoh, lukisan dinding dirapatkan ke arah kiri dan
basikal memanjang ke arah kanan gambar. Perkara ini menjadikan keseluruhan
gambar itu seimbang dari segi kedudukan objek yang di susun. Cara
pengambilan gambar tersebut
menunjukkan elemen keseimbangan yang mengikuti rule of thirds. Selain itu, hasil daripada gambar ini kita dapat
mengetahui kehidupan zaman dahulu seperti objek pintu dinding kayu dan
basikal lama yang menjadi objek di dalam gambar tersebut hasil lukisan seni
jalanan. |
Tema |
Matahari Terbenam |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Gambar
tersebut mencapai elemen keseimbangan. Hal ini kerana kelihatan seorang gadis
yang berada di tengah-tengah pantai telah menunjukkan titik keseimbangan pada
gambar tersebut. Selain itu, dalam gambar tersebut juga terdapat pantulan di
permukaan air menyebabkan gambar tersebut kelihatan seimbang antara atas dan
bawah serta ruang antara kiri dan kanan. Oleh itu, keseimbangan dapat dicapai
apabila objek berada di tengah-tengah bagi menjadikan grafik lebih menarik. |
Tema |
Mercu Tanda |
Rujukan |
Aplikasi Instagram |
Huraian |
Foto ini memaparkan keseimbangan
yang sangat baik. Mercu tanda berada di tengah-tengah foto membantu
keseimbangan foto ini. Bukan itu sahaja, setiap ruang dalam foto ini juga
dipenuhi dengan baik. Kiri dan kanan foto ini seimbang kerana dipenuhi dengan
pemandangan bukit-bukau. Oleh itu, foto ini sangat seimbang kerana setiap
ruang dipenuhi dengan semaksimum mungkin. |
Tema |
Iklan Pakaian |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Gambar
iklan pakaian yang dipaparkan bersesuaian dengan tema keseimbangan. Hal ini dibuktikan
melalui keadaan sisi kiri dan kanan iklan adalah seimbang. Logo dan teks
diletakkan di tengah-tengah iklan untuk menghasilkan elemen
keseimbangan. Pembaca akan lebih
tertarik dengan iklan tersebut oleh kerana teratur dan kemas. |
Tema
Rumah Ibadat
Rujukan
Aplikasi Pinterest
Huraian
Gambar
menunjukkan sebuah masjid di Terengganu. Masjid tersebut dipanggil “Masjid
Terapung” kerana ia dibina di atas air. Keseimbangan dapat dibuktikan apabila
gambar tersebut kelihatan berada di tengah-tengah. Ia juga dilihat seimbang
kerana ruang di kiri dan kanan mempunyai keluasan yang sama.
Tema |
Landskap |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Gambar di atas menunjukkan landskap di
suatu kawasan. Ruang di bahagian kiri dan kanan gambar adalah seimbang.
Kedudukan jurugambar yang berada di tengah laluan telah mengimbangi ruang
tersebut. Awan yang membiru serta penampakan tumbuhan yang menghijau turut
menyerlahkan lagi elemen keseimbangan. Gambar landskap tersebut seimbang dan
disampaikan dengan baik kepada audiens yang melihat. |
TEMA |
Lambang Budaya atau
Kepercayaan |
RUJUKAN |
Google
Image |
HURAIAN |
Berdasarkan gambar di atas, menceritakan
tentang “ying” dan “yang” menunjukkan tentang keseimbangan. Keseimbangan
warna hitam dan putih dalam gambar tersebut. Garisan di dalam gambar tersebut
juga menunjukkan keseimbangan. Begitu juga kedudukan teks dalam gambar
tersebut yang berada pada penjuru kiri dan kanan memenuhi elemen
keseimbangan. Seterusnya kedudukan logo di tengah-tengah gambar turut
menampakkan titik keseimbangan pada gambar tersebut. |
Tema
Seni Bina
Rujukan
Google Image
Huraian
Gambar di
atas menunjukkan Jambatan Pulau Pinang yang berada di tengah-tengah lautan.
Keseimbangan dapat dibuktikan apabila gambar tersebut berada di
tengah-tengah. Keadaan jurugambar tersebut memberi kesan dalam penghasilan
gambar ini. Ia juga dilihat seimbang kerana ruang di kiri dan kanan mempunyai
keluasan yang sama. Begitu juga dengan keseimbangan di bahagian atas yang
menunjukkan pemandangan langit yang cantik yang berwarna biru dan bahagian
lautan yang luas yang berwarna biru kehijauan di bahagian bawah.
Tema |
Pantulan |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Gambar
tersebut mencapai elemen keseimbangan. Hal ini kerana kelihatan seorang
pemuda yang berada di tengah-tengah pantai telah menunjukkan titik
keseimbangan pada gambar tersebut. Selain itu, dalam gambar tersebut juga terdapat
pantulan di permukaan air menyebabkan gambar tersebut kelihatan seimbang
antara atas dan bawah serta ruang antara kiri dan kanan. Oleh itu,
keseimbangan dapat dicapai apabila objek berada di tengah-tengah bagi
menjadikan grafik lebih menarik. |
GAMBAR SENDIRI
Tema | Panorama Kampung |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, menunjukkan sebuah jalan kampung yang diimbangi dengan sawah padi di kiri dan dan kanan. Selain itu, jalan tersebut di hiasi dengan langit yang biru diimbangi dengan pokok padi yang menghijau di kiri dan kanannya. Terdapat juga jalan raya berada di tengah-tengah gambar yang kedudukannya kelihatan seimbang bagi sisi kiri dan kanan. Begitu juga dengan kedudukan teks yang terdapat dalam gambar tersebut adalah seimbang pada kedudukannya. |
Tema | Kanak-kanak |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak yang berdiri menghadap ke arah Taman Tasik Taiping. Kedudukan kanak-kanak yang berada di tengah gambar telah mengimbangi ruang di kiri dan kanan gambar. Penampakan langit yang membiru dan rumput hijau juga seimbang. Bahkan, terdapat juga hamparan tasik yang seakan-akan menghijau disebabkan pantulan dari kawasan sekeliling yang dipenuhi pokok. |
Tema | Pendidikan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Foto ini memaparkan keseimbangan yang sangat baik. Mercu tanda berada di tengah-tengah foto membantu keseimbangan foto ini. Bukan itu sahaja, setiap ruang dalam foto ini juga dipenuhi dengan baik. Kiri dan kanan foto ini seimbang kerana dipenuhi dengan pemandangan langit yang biru. Selain itu, atas dan bawah foto ini juga seimbang kerana di bahagian atas terdapat langit yang luas dan di bawah foto dipenuhi dengan rumput. Oleh itu, foto ini sangat seimbang kerana setiap ruang dipenuhi dengan semaksimum mungkin. |
Tema | Seni Bina Bangunan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar tersebut, gambar yang diambil dapat menerangkan konsep keseimbangan dalam pencahayaan di dalam gambar tersebut. Terdapat kawasan yang gelap dan terdapat kawasan yang pencahayaannya cerah hasil daripada pancaran matahari. Bangunan tersebut juga menggunakan fon dan warna teks yang dapat kontra dengan warna putih bangunan. Selain itu, tiang di setiap tepi jalan juga menunjukkan elemen keseimbangan keseluruhan di dalam gambar tersebut. Oleh itu, gambar tersebut menunjukkan keseimbangan dari sudut pencahayaan, warna font teks yang kontra dari warna latar belakang bangunan serta objek tiang yang sama rata di dalam gambar. |
Tema
Ketenangan
Rujukan
Gambar sendiri
Huraian
Berdasarkan gambar yang dinyatakan, gambar diambil dan disunting untuk mencapai elemen keseimbangan. Pemandangan suasana di pantai yang dipenuhi pengunjung di tengah-tengah gambar menunjukkan titik keseimbangan pada gambar tersebut. Begitu juga disebelah kanan terletaknya daratan yang dipenuhi pokok-pokok yang bertentangan dengan laut dan ombak di sebelah kanan menjadikan gambar tersebut seimbang. Kemudian dimasukkan elemen teks bagi memenuhi keseimbangan kepada batu-batuan yang berada pada penjuru kiri belah bawah gambar.
Tema
Kediaman
Rujukan
Gambar sendiri
Huraian
Gambar menunjukkan situasi di kolej kediaman. Keseimbangan dapat dilihat berdasarkan imbangan pada kiri dan kanan gambar yang kelihatan seimbang. Hal ini dibuktikan lagi dengan rekaan kolej kediaman yang kelihatan sama iaitu pintu yang berada di hadapan antara satu sama lain. Teks yang diberikan juga memberi makna kepada keberadaan aras tersebut iaitu aras tiga.
Tema | Pemandangan |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar tersebut, ruang antara kiri dan kanan jalan kelihatan seimbang antara satu sama lain. Hal ini kerana terdapat satu titik keseimbangan di penghujung jalan menyebabkan reka letak antara pokok-pokok dan bukit-bukau serta hamparan sungai dan sawah padi berada dalam keadaan yang seimbang. Keadaan tipografi tersebut memberi kesan dalam penghasilan gambar ini. Oleh itu, grafik ini mencapai elemen keseimbangan yang menjadikan pemandangan tersebut lebih cantik. |
Tema | Riadah |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Dengan merujuk gambar tersebut, grafik yang dipaparkan adalah seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ruang digunakan semaksimum yang mungkin dalam foto ini. Di sebelah kiri dan kanan dipenuhi dengan dinding manakala atas dan bawah foto pula dipenuhi dengan langit dan manusia yang sedang berbasikal. Maka dengan itu, foto ini sangat seimbang. |
Tema
Motivasi Diri
Sumber
Gambar sendiri
Huraian
Keadaan gambar tersebut adalah sesuai dengan elemen keseimbangan. Sisi kiri dan kanan gambar adalah sama luas. Gambar tersebut juga terang dan jelas oleh kerana kualiti pencahayaan yang baik. Latar belakang gambar turut dipenuhi dengan sekumpulan awan supaya gambar tidak kelihatan kosong.
Tema | Pasu Bunga |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar menunjukkan sebuah pasu bunga di atas meja. Keseimbangan dapat dibuktikan apabila gambar tersebut iaitu pasu bunga kelihatan berada di tengah-tengah. Keadaan jurugambar tersebut memberi kesan dalam penghasilan gambar ini. Ia juga dilihat seimbang kerana ruang di kiri dan kanan mempunyai keluasan yang sama. |
No comments:
Post a Comment